Amalan gaya hidup sihat ialah aktiviti yang selalu dibuat untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pernah berkata bahawa rakyat Malaysia harus mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk memperoleh kebaikan daripadanya. Sejarah membuktikan masyarakat zaman dahulu hidup dalam tempoh masa yang lebih lama berbanding masyarakat zaman sekarang kerana mengamalkan gaya hidup yang sihat. Masyarakat sekarang banyak mengalami masalah kesihatan kerana tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Persoalannya, apakah kepentingan amalan gaya hidup sihat?
Antara kepentingan amalan gaya hidup sthat ialah dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan dan otak. Hal ini amat signifikan kerana hidup yang berkualiti berpunca daripada tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas. Bersukan dan beriadah dapat menjamin tubuh badan seseorang. Sebagai contohnya, aktiviti berjoging, bemain badminton dan berbasikal dapat mengekalkan kekuatan tubuh badan. Kesannya, seseorang itu dapat hidup dengan aman dan harmoni kerana terhindar daripada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan tubuh badan yang tidak dijaga. Hal int persis peribahasa Melayu, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian kerana berusaha untuk mendapatkan tubuh badan yang sempurna melalui amalan gaya hidup sihat. Sudah terang lagi bersuluh, amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah dan sukan dapat mengekalkan kecergasan tubuh badan dan kecerdasan otak.
Seterusnya, anggota tubuh dalaman dapat berfungsi dengan baik jika seseorang mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana, tubuh dalaman tidak dapat dilihat melalui mata kasar manusia. Pemeriksaan kesihatan secara berkala di hospital atau klinik kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali dapat memastikan tahap kesihatan organ seseorang seperti fungsi jantung paru-paru dan buah pinggang. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat kerana seseorang dapat mengetahui tahap kesihatannya. Apabila organ dalaman dapat berfungsi dengan lebih baik, kehidupan seseorang akan lebih sihat dan produktif. Tegasnya, membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat memastikan anggota tubuh dalaman berfungsi dengan baik.
Di samping itu kepentigan amalan gaya hidup sihat ialah seseorang dapat memastikan tubuh badan mendapat khasiat dan vitamin yang mencukupi. Hal ini demikian kerana, badan seseorang memerluan khasiat yang cukup untuk menjalankan kehidupan sehariannya tanpa menghadapi masalah kesihatan. Misalnya seseorang mengambil makanan seimbang dalam kehidupan seharian seperti daging, buah buahan dan sayur-sayuran. Natijahnya, badan kita akan sentiasa kekal sihat seiring dengan kecerdasan minda dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, otak yang cerdas dapat membantu pekembangan diri dan sosial manusia. Jelaslah bahawa pemakanan yang seimbang mampu memastikan tubuh badan memperoleh nutrien yang mencukup bagi setiap individu.
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu memainkan peranan untuk mengekalkan amalan gaya hidup sihat. Masyarakat harus mengamalkan amalan ini dengan hati dan minda yung terbuka. Hal ini agar rakyat Malaysia dapat mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan mengelakkan masalah yang akan dihadapi jika tidak mengamalkan amalan ini seperti obesiti. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.